#02 Kehidupan. Perasaan.

Diri kita makin lama makin membesar. Fikiran makin lama makin matang. Perbuatan kita makin lama makin terancang dan terjamin. Boleh bertindak mengikut baik buruk kehidupan semesta alam. Tiada istilah keanak-anakan atau kebudak-budakkan, semua membesar. Semua merasa betapa indahnya kehidupan anak kecil. Yang tiada fikir masalah, tiada fikir huru hara kehidupan. Hanya fikiran tertumpu untuk bermain dan bergembira. Tapi bila membesar, bermain dan bergembira dipinggirkan seolah ianya tak berharga. Bukan sengaja dipinggirkan tapi bila membesar makin lama makin kita faham erti sebuah kehidupan. Makin kita memahami situasi yang berada disekeliling, makin kita mengerti masalah yang berlaku. 

Masa perangai masih kebudak-budakkan, kita lebih banyak ambil indah kehidupan sampai lalai tentang masalah sebenar di keliling. Zaman masih di tadika, taman permainan merupakan satu permainan yang sangat menggembirakan semua budak di situ. Mereka tertawa akan jatuhnya kawan dari sebuah buaian. Mereka membantu akan jatuhnya kawan daripada jongkang jongket, mereka menyambut akan rakannya yang tergelincir daripada gelonsor dek kelicinan yang menguasai. Namun masih di situ ada kebahagiaan. Ada sebuah persahabatan yang terjalin. Indahnya zaman kanak-kanak. Gaduh gaduh sekejap, tak sampai satu hari semua berkawan sampai lupa mereka pernah bergaduh. 

Pabila meningkat sedikit tumbesaran, zaman di sekolah rendah. Mulanya berkecimpung dalam bidang sukan. Mulanya mengenali lelaki. Mulanya timbul sebuah persaan yang mana itu adalah lumrah alam. Zaman sekolah rendah, di mana jerit pekik suara murid-murid dek berlari berkejaran satu bangunan sekolah. Pengawas sekolah turut serta dalam pelarian ini. Tanpa sedar, timbul satu perasaan terhadap lelaki yang mengejar di belakang. Siapa sangka si pengejar itu mampu membuka rasa suka seorang pelari sekolah ? Tiada yang menduga. Namun zaman itu fikiran masih dibawah tahap kematangan paling rendah. Tak berfikir panjang. Terus rasa suka itu dihebohkan. Zaman itu pula surat menyurat menjadi satu medan penting untuk menyatakan hasrat. Betapa bodoh rasanya sehingga kenal erti luka kerana suka.

Meningkat sedikit umur, berjaya ditempatkan di sebuah sekolah dimana boleh dibanggakan tahap pencapaiannya. Zaman sekolah menengah. Sekali lagi hati tidak serik untuk mengenal erti suka terhadap lelaki. Tanpa memahami maksud hati, tanpa selidik tujuannya yang asal, jatuh tersungkur ke dalam perangkap 'cinta monyet'. Bayangan dimana oh indahnya hidup ini pabila dirimu disisi. Bahagia kurasakan pabila wajahmu di tirai kamar. Oh alangkah alam mengerti akan saratnya menanggung rindu ini. Begitulah bahasa pujangga dikala hati sedang lalai dengan 'cinta'. Namun sekali lagi tersungkur jatuh kerana terluka dek permainan cinta seorang jejaka yang bernama 'Play Boy'. Tingkatan meningkat, dan mula bernekad. Hanyalah untuk memainkan watak sebagai seorang pendendam yang tegar. Mahu hatinya dipulih kembali. Lalu dimainkan watak sebagai seorang 'Play Girl'. Hasrat hatinya mahu kembalikan hati yang asal. Tapi permainan tidak menjadi.

Hati terpaut pula akan keindahan bahasa pujangga sang lelaki. Lalu hati menyayangi. Setelah setahun lebih bersama, hati dilukai sekali lagi. Timbul penyesalan kerana terlalu mudah menyayangi. Hinggakan seorang sahabat meminta untuk sifat penyayang dan simpati dibuang jauh-jauh ke dasar laut. Jangan sangkakan kebaikan tiada keburukan. Meneruskan hidup seperti biasa. Pabila serik dilukai mula rasa untuk lebih berhati-hati dan berkeras hati. 

Diterima untuk menyambung pelajaran ke universiti. Berjaya untuk mengawal perasaan kasih dan sayang selama satu tahun. Namun kehadiran pop corn dan movie 'Jack Ryan' menimbulkan sebuah perasaan. Perasaan suka terhadap seseorang. Tapi masih lagi utuh berkeras hati. Tidak dilayan perasaan itu namun kuasa tuhan, sang pemilih movie 'Jack Ryan' datang meluahkan isi hati yang terpendam. Menolak pada mulanya namun diterima jua. Allah, lembutnya hati seorang perempuan. Tapi tak kesampaian. Musnah belaka impian dan harapan. Diteruskan jua perjuangan hidup. Setelah sekian lama merasa diri dipermainkan, tinggallah sendirian dan terus sendiri. Allah itu maha Tahu. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sejak itu segala perasaan suka dan sayang dipendamkan jua. Walau sakit, namun dilukai itu lagi sakit dan meninggalkan parut yang mendalam. Kini, kekal lagi hati untuk berkeras sekerasnya. Biarlah segalanya Allah sang Pencipta menentukaa jalan kehidupan ini. Biarlah kita sedar langit itu takkan pernah mampu kita gapai. Kembali kepada realiti. Jangan terlalu agungkan angan-angan dan bayangan.  

thanx fer reading this :)

0 kritikan:

Post a Comment

.nak kritik?
.silakan..hehe