#04 STRONGER

Tahun ni macam macam musibah melanda.
Masih kekal di ingatan bagaimana kereta itu berpusing laju
membahan sebatang pokok yang 
begitu besar sekali.
Pada saat dan ketika itu mata dibuka penuh lemah.
Bergelinangan darah mengalir dari hidung dan mulut yang mana kecederaan paling
teruk pernah dialami.
Dalam sedar perhatikan bahagian tempat dudukku hancur dan
berpusing kerusinya.
Allahu.. Menangis teresak-esak. 
Sejenak itu para pemerhati dan para pembantu menyuruh untuk bertahan dan keluar daripada
kereta yang sedang berkepul mengeluarkan asap.
Keadaan kaki sebelah kiri tidak mampu diangkat dan digerakkan.
Sakit. 
Itu yang bermain di fikiran. 
Seorang sahabat membantu mengeluarkan aku dari kenderaan.
Lalu dibaringkan aku di sisi jalan.
Kulihatkan kaki kiri terpusing entah kemana.
Ya Allah.
Linangan air mata tidak mampu tertahan.
Jeritan kesakitan bagaikan memanggil sekawan burung di hutan amazon jauhnya.
Dikuatkan juga semangat untuk
menelefon ibu bapa di Terengganu.
Terkejut.
Itu pandangan dan reaksi mereka.
Beberapa ketika ambulans daripada Tangkak datang memberi bantuan.
Membawa ke Hospital Tangkak.
Ku sangkakan kecederaan yang ringan tapi diberitahu terpaksa dipindahkan ke Hospital Pakar, Muar.
Hampir kesemua tulang di muka patah teruk.
Terpaksa melakukan pembendahan.


Terpaksa juga ditangguhkan semester kali ini.
Rasa kesyukuran pabila ramai sahabat yang sanggup membantu dalam masalah ini.
Keluarga terutamanya yang sanggup bersusuah payah.
Dengan apa yang telah terjadi, hari demi hari diri semakin kuat dan kuat !
Apa sahaja rintangan dilalui dengan tenang.
Sakit bagaimana jua ditahan tenang.
Terluka bagaimana jua sekalipun dipendam dalam.
Kerana perkara yang telah dialami mengajar erti untuk menjadi lebih kuat.
Berjuang untuk hidup.
Berjuang untuk bangkit kembali.




thanx fer reading this :)

#03 MALAYSIA BERSEDIH



Saat diterbangkan di awangan kaum keluarga menunggu penuh kegembiraan
Saat kaum muslimin gembira menyambut Ramadhan mulia
Kaum keluarga terkejut hiba mendengar berita menyedihkan buat mereka
Mana tidaknya, pelbagai buah fikiran setiap keluarga untuk menyambut mereka
hilang sekelip mata tanpa sempat merasai kebahagiaan itu.

Takziah buat ahli keluarga yang terlibat dalam nahas kapal terbang #MH17
Semoga sentiasa kuat dan tabah menerima ujian dan ketentuan Ilahi.

#Al-Fatihah 



thanx fer reading this :)

#02 Kehidupan. Perasaan.

Diri kita makin lama makin membesar. Fikiran makin lama makin matang. Perbuatan kita makin lama makin terancang dan terjamin. Boleh bertindak mengikut baik buruk kehidupan semesta alam. Tiada istilah keanak-anakan atau kebudak-budakkan, semua membesar. Semua merasa betapa indahnya kehidupan anak kecil. Yang tiada fikir masalah, tiada fikir huru hara kehidupan. Hanya fikiran tertumpu untuk bermain dan bergembira. Tapi bila membesar, bermain dan bergembira dipinggirkan seolah ianya tak berharga. Bukan sengaja dipinggirkan tapi bila membesar makin lama makin kita faham erti sebuah kehidupan. Makin kita memahami situasi yang berada disekeliling, makin kita mengerti masalah yang berlaku. 

Masa perangai masih kebudak-budakkan, kita lebih banyak ambil indah kehidupan sampai lalai tentang masalah sebenar di keliling. Zaman masih di tadika, taman permainan merupakan satu permainan yang sangat menggembirakan semua budak di situ. Mereka tertawa akan jatuhnya kawan dari sebuah buaian. Mereka membantu akan jatuhnya kawan daripada jongkang jongket, mereka menyambut akan rakannya yang tergelincir daripada gelonsor dek kelicinan yang menguasai. Namun masih di situ ada kebahagiaan. Ada sebuah persahabatan yang terjalin. Indahnya zaman kanak-kanak. Gaduh gaduh sekejap, tak sampai satu hari semua berkawan sampai lupa mereka pernah bergaduh. 

Pabila meningkat sedikit tumbesaran, zaman di sekolah rendah. Mulanya berkecimpung dalam bidang sukan. Mulanya mengenali lelaki. Mulanya timbul sebuah persaan yang mana itu adalah lumrah alam. Zaman sekolah rendah, di mana jerit pekik suara murid-murid dek berlari berkejaran satu bangunan sekolah. Pengawas sekolah turut serta dalam pelarian ini. Tanpa sedar, timbul satu perasaan terhadap lelaki yang mengejar di belakang. Siapa sangka si pengejar itu mampu membuka rasa suka seorang pelari sekolah ? Tiada yang menduga. Namun zaman itu fikiran masih dibawah tahap kematangan paling rendah. Tak berfikir panjang. Terus rasa suka itu dihebohkan. Zaman itu pula surat menyurat menjadi satu medan penting untuk menyatakan hasrat. Betapa bodoh rasanya sehingga kenal erti luka kerana suka.

Meningkat sedikit umur, berjaya ditempatkan di sebuah sekolah dimana boleh dibanggakan tahap pencapaiannya. Zaman sekolah menengah. Sekali lagi hati tidak serik untuk mengenal erti suka terhadap lelaki. Tanpa memahami maksud hati, tanpa selidik tujuannya yang asal, jatuh tersungkur ke dalam perangkap 'cinta monyet'. Bayangan dimana oh indahnya hidup ini pabila dirimu disisi. Bahagia kurasakan pabila wajahmu di tirai kamar. Oh alangkah alam mengerti akan saratnya menanggung rindu ini. Begitulah bahasa pujangga dikala hati sedang lalai dengan 'cinta'. Namun sekali lagi tersungkur jatuh kerana terluka dek permainan cinta seorang jejaka yang bernama 'Play Boy'. Tingkatan meningkat, dan mula bernekad. Hanyalah untuk memainkan watak sebagai seorang pendendam yang tegar. Mahu hatinya dipulih kembali. Lalu dimainkan watak sebagai seorang 'Play Girl'. Hasrat hatinya mahu kembalikan hati yang asal. Tapi permainan tidak menjadi.

Hati terpaut pula akan keindahan bahasa pujangga sang lelaki. Lalu hati menyayangi. Setelah setahun lebih bersama, hati dilukai sekali lagi. Timbul penyesalan kerana terlalu mudah menyayangi. Hinggakan seorang sahabat meminta untuk sifat penyayang dan simpati dibuang jauh-jauh ke dasar laut. Jangan sangkakan kebaikan tiada keburukan. Meneruskan hidup seperti biasa. Pabila serik dilukai mula rasa untuk lebih berhati-hati dan berkeras hati. 

Diterima untuk menyambung pelajaran ke universiti. Berjaya untuk mengawal perasaan kasih dan sayang selama satu tahun. Namun kehadiran pop corn dan movie 'Jack Ryan' menimbulkan sebuah perasaan. Perasaan suka terhadap seseorang. Tapi masih lagi utuh berkeras hati. Tidak dilayan perasaan itu namun kuasa tuhan, sang pemilih movie 'Jack Ryan' datang meluahkan isi hati yang terpendam. Menolak pada mulanya namun diterima jua. Allah, lembutnya hati seorang perempuan. Tapi tak kesampaian. Musnah belaka impian dan harapan. Diteruskan jua perjuangan hidup. Setelah sekian lama merasa diri dipermainkan, tinggallah sendirian dan terus sendiri. Allah itu maha Tahu. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Sejak itu segala perasaan suka dan sayang dipendamkan jua. Walau sakit, namun dilukai itu lagi sakit dan meninggalkan parut yang mendalam. Kini, kekal lagi hati untuk berkeras sekerasnya. Biarlah segalanya Allah sang Pencipta menentukaa jalan kehidupan ini. Biarlah kita sedar langit itu takkan pernah mampu kita gapai. Kembali kepada realiti. Jangan terlalu agungkan angan-angan dan bayangan.  

thanx fer reading this :)

#01 Dulu. Sekarang.


Sedangkan dulu kata manis terus meresap laju je dalam kepala hotak ni.
Apa orang cakap percaya je semua. Sebab itu dulu, matang fikiran langsung
takda. Nak percayakan diri sendiri punyalah susah. Tapi mulut orang senang
je masuk perangkap.


Disebabkan tak matang tu hidup selalu terumbang ambing. Takde orang peduli.
Yelah. Agama dimana, fikiran kemana, terkontang-kanting. Betapa sifat jahil
itu besar dalam diri. Orang kata hidup ini bagaikan roda. Berputar-putar.
Tergolek-golek, kejap kat atas, kejap kat bawah. Tapi dulu hidup selalu kat 
bawah je. Bukanlah nak kata tak pernah kat atas. Tapi tak sebanyak kat
bawah. 


Buat keputusan sendiri, tak dengar orang lain bagi pendapat. Bila jatuh baru
nak mintak maaf sebab tak dengar cakap orang. Masa tuh dah takde guna.
Hidup ni biarlah atas kemampuan kita. Tak perlu nak melebih-lebih. Sengsara
nanti.


Sekarang dah banyak yang berubah. Kawan pon dah boleh kenal mana betol,
mana pura-pura. Siapa yang selalu bimbing dan siapa yang selalu ke arah 
kejahilan. Diri sendiri pon dah boleh berfikir baik buruk. Keputusan pon dah 
boleh buat dengan dengar pendapat orang dulu. Kepercayaan pon dah boleh
berpada-pada. Takde lagi dah nak percaya orang asing, nak percaya kata 
manis. Semuanya sebab perkara lalu itu mendewasakan. Dan aku sendiri 
dah boleh sedar betapa langit itu tinggi dia kita tak boleh capai pakai tangan
dengan buat lompat bintang. kan ?


Hidup biarlah serba sederhana. Ynag penting kemanusiaan itu perlu kekal 
dalam diri. Barulah nak buat jahat tuh teragak-agak. Hihi.

thanx fer reading this :)